Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai

Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai (Jawi:سكوله كبڠسأن سوڠاي بينجاي ), atau nama ringkasnya SK Sungai Binjai, SKSB dan adakalanya Binjai di sekitar Klang, ialah sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Batu 6, Pekan Meru. Asal nama sekolah ini adalah dari sebatang pokok buah binjai yang tumbuh di tepi sungai yang kini dikenali sebagai Sungai Binjai. Sekolah ini menggunakan Bahasa Melayu/Malaysia sebagai bahasa pengantar utama, diikuti oleh Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan Bahasa Arab.SK Sungai Binjai merupakan sekolah yang pertama dan tertua sekali dibina di Meru sebelum munculnya sekolah-sekolah yang lain seperti SK Meru Jalan Tap, SK Meru (2), SK (1) Jalan Meru dan SK (2) Jalan Meru.Pada tahun 2013, dianggarkan kira-kira 1522 pelajar (Tahun 1-3) pada sesi petang dan 1746 pelajar (Prasekolah-Tahun 6) pada sesi pagi, menjadikan jumlah pelajar di sekolah ini 3268 orang. Terdapat sejumlah 91 kelas (44 kelas untuk sesi petang, 43 kelas untuk sesi pagi dan 4 kelas pra-sekolah) sama Januari 2013[1]. Sekolah ini telah dibahagikan kepada 2 sesi, iaitu sesi pagi untuk pra-sekolah dan murid-murid Tahap 2 (Tahun 4 - Tahun 6), dan sesi petang untuk murid-murid Tahap 1 (Tahun 1 - Tahun 3). Kedua-dua sesi adalah dalam pentadbiran yang sama, bagaimanapun sesi petang telah diberikan kepada Guru Penolong Kanan (GPK) Petang untuk mentadbir dan mengendalikan apa-apa perkara rasmi mengenai para murid dan para guru sesi petang.Di SK Sungai Binjai terdapat 4 kelas Pra-sekolah yang terletak didalam kawasan sekolah. Kelas-kelas tersebut adalah Pra Permata, Pra Berlian, Pra Mutiara dan Pra Intan.Pada masa ini, bilangan kakitangan dan para guru adalah kira-kira 188 orang (175 guru akademik dan 13 sokongan/kakitangan bukan akademik)(2013)[2].Koordinat SK Sungai Binjai ialah 03°08′16″N 101°26′18″E[3]

Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai

Guru besar En. Roslan bin Zakaria(current)
Jenis sekolah Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Faks 03-33921048
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn. Maziah bt. Ismail
Kod sekolah BBA0012
Singkatan SKSB
Laman sesawang http://bba0012.1bestarinet.net (Laman VLE-Frog)
Kemasukan 3269 orang
Ditubuhkan 1917
Pengerusi PIBG Tuan Hj Jayakusuma b. Hj Rusman SMS,PJK
Moto Pantas Dan Prihatin
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Pn. Rosni bt. Husin
Nombor sekolah 03-33921048

Rujukan

WikiPedia: Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai http://www.nap.edu.au/naplan/naplan.html http://imann9969.blogspot.com/2009/06/platun-sk-sg... http://mujahidkecilsksb.blogspot.com http://sayfullzone.blogspot.com/2009/03/bukan-kern... http://sksb1975.blogspot.com/2011/04/sekolah-keban... http://smkmeruklang.blogspot.com/p/sejarah-sekolah... http://www.kgmeru.com/modules.php?name=Content&pa=... http://www.kgmeru.com/modules.php?name=News&file=p... http://sksbdenguepatrol.com/ http://www.youtube.com/watch?v=ERy_h7SDLQY